Langkau ke kandungan
Simply SirahSirah Bukan Sekadar Cerita

Kajian

Buraq dalam Peristiwa Israk Mikraj

Apa yang hadis sahih dan ulama sirah sebut tentang rupa Buraq — saiz, warna, kelajuan dan sayap.

Penulis
Admin al-Balazuri
Diterbitkan
Bacaan
1 minit
Rujukan
3

Israk Mikraj tiba lagi. Kali ini minmin tak nak mengulas keseluruhan peristiwa kerana sudah ramai asatizah berkongsi. Minmin nak cerita satu plot penting: pertemuan Baginda dengan Buraq.

Buraq ini apa sebenarnya? Ulama berbahas panjang. Kita lihat dulu gambaran Nabi ﷺ sendiri:

وأتيت بدابة أبيض دون البغل وفوق الحمار، البراق، فانطلقت مع جبريل حتى أتينا السماء الدنيا

“Aku didatangkan seekor tunggangan putih, saiznya antara baghal dan keldai, itulah Buraq. Lalu aku berangkat bersama Jibril hingga kami tiba di langit dunia.” 1Sahih al-Bukhari no. 3887

Dalam hadis lain:

يقع خطوه عند أقصى طرفه، فحملت عليه

“Ia melangkah sejauh pandangan matanya, lalu aku menaikinya…” 2Sahih Muslim no. 162

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, ia dinamakan Buraq kerana tubuhnya putih berkilauan (bariq), atau kerana bergerak sepantas kilat (barq). 3Fath al-Bari 7/206

Sebahagian ulama sirah mutaqaddimin seperti Ibn Hisham dan Ibn Sa’d menyebut Buraq memiliki dua sayap.

Berdasarkan maklumat ini, gambaran paling minimum tentang Buraq:

  1. Haiwan tunggangan yang bentuknya dimaklumi Nabi ﷺ.
  2. Saiznya antara baghal dan keldai — tidak sebesar kuda.
  3. Warnanya putih berkilauan.
  4. Sangat pantas; satu langkahnya sejauh mata memandang.
  5. Memiliki dua sayap.

Ada pandangan ulama lain yang lebih terperinci, tetapi hakikat sebenar rupa Buraq hanya Allah, malaikat dan Baginda yang mengetahui.

Wallahua’lam.

Rujukan

  1. Sahih al-Bukhari no. 3887
  2. Sahih Muslim no. 162
  3. Fath al-Bari 7/206

Nombor jilid dan halaman mengikut cetakan yang disenaraikan dalam kaedah rujukan. Nombor hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim mengikut penomboran Fu'ad Abd al-Baqi / Fath al-Bari.

Bacaan berkaitan

Kajian

Maksud Nama Lu'ay dalam Perspektif Sirah

Lu'ay ialah leluhur Nabi ﷺ. Ulama bahasa dan sirah memberi tiga maksud bagi nama ini — kuat dan tangkas, tenang dan berhati-hati, atau panji kepimpinan.

Addien Abdul Kadir 7 rujukan

Kajian

Beza Syam dan Syria

Syam dalam kitab sirah bukan Syria moden. Ia wilayah besar dari Furat hingga al-Arish, dibahagikan kepada beberapa Jund — Syria hari ini hanya cebisannya.

Addien Abdul Kadir 7 rujukan