Nasab dan Keluarga Khadijah binti Khuwailid
Nasab Khadijah bertemu Nabi ﷺ pada Qusai. Beliau pernah berkahwin dua kali sebelum Nabi ﷺ, dan sepupunya Waraqah bin Naufal menjelaskan mengapa beliau ke sana selepas wahyu pertama.
Kali ini kita lihat nasab Nabi Muhammad ﷺ dan isteri pertama Baginda, Khadijah — barulah kita faham mengapa ulama sirah menyebut nasab Khadijah itu mulia.
Nasab Khadijah: Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Nasab Nabi ﷺ juga melalui Qusai (melalui Abdu Manaf). Jadi kedua-duanya bertemu pada Qusai bin Kilab — lihat carta nasab.
Mengapa Khadijah mencari Waraqah?
Ramai tahu Khadijah membawa Nabi ﷺ bertemu Waraqah bin Naufal selepas Baginda ketakutan menerima wahyu. Tetapi pernahkah kita terfikir: dalam ramai-ramai orang di Makkah, mengapa Waraqah yang dicari dahulu? Takkan Khadijah sebarangan bertemu lelaki lain.
Jawapannya pada nasab: Waraqah bin Naufal bin Asad ialah sepupu Khadijah — sama-sama dari Bani Asad. Inilah sebabnya ilmu nasab penting; ia membuka banyak konteks dalam sirah. 1Sahih al-Bukhari no. 3
Perkahwinan Khadijah sebelum Nabi ﷺ
Ramai belum tahu Khadijah pernah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah ﷺ — dengan Abu Halah al-Tamimi dan Atiq bin A’idh al-Makhzumi — dan mempunyai anak daripada perkahwinan itu. Maknanya Nabi ﷺ mempunyai anak-anak tiri sebelum mempunyai anak sendiri. 2al-Tabaqat al-Kubra Ibn Sa'd — tarjamah Khadijah
Anak-anak Qusai dan Khuwailid ramai lagi yang belum diceritakan. Nanti kita bedah lagi, insyaAllah.
Rujukan
- Sahih al-Bukhari no. 3
- al-Tabaqat al-Kubra Ibn Sa'd — tarjamah Khadijah
Nombor jilid dan halaman mengikut cetakan yang disenaraikan dalam kaedah rujukan. Nombor hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim mengikut penomboran Fu'ad Abd al-Baqi / Fath al-Bari.